Obielicious

BENGKEL SENI MASAKAN PERNIAGAAN BERSAMA CHEF OBIE - KEK/COKLAT/3D/BROWNIES/COOKIES/ENERGY BARS ( 28 OKTOBER 2017 - Sabtu ) - Whatsapp 0172260719 / 016 9166010 ( HOT ! ) KELAS MASAKAN DAN BAKING PERSENDIRIAN + TESTIMONI PELAJAR ( HOT !)

FILE KIT + CD ROM PELBAGAI PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN serta TESTIMONI PELANGGAN .

( hot ! ) 24 EBOOK MASAKAN , KEK ,PASTRI DAN BAKERI CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK ( Harga dlm Ringgit Malaysia )
( hot ! ) PENULIS JEMPUTAN MAJALAH MASAKAN TEMPATAN & PHOTOSHOOT UNTUK MAJALAH & MEDIA MASSA / ELETRONIK

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

bE mY Heartbeat..!

Isnin, 7 Julai 2014

Majalah AROMA : Resepi Biskut Raya Baru Popular 2014 - Velvet Styles Cookies


As Salam Ramadhan untuk anda muslimin & muslimat,
Semoga sepanjang menjalani ibadah berpuasa hati berasa tenang & syukur serta segala kerja yang dilakukan semakin lancar tanpa tertangguh. Resepi Ciptaan Terbaru Chef Obie yang diberi nama “styles cookies”, memilik keunikan dari segi saiz bentuk,warna dan rasa.Selain mudah ia juga menyeronokkan untuk membuat cookies fusion ini.Mereka yang suka dengan sesuatu yang simple tetapi menarik boleh gunakan resepi style cookies ini.Chef obie menyediakan 10 jenis “styles cookies” sebagai pilihan di hari raya mahupun untuk pelbagai sambutan.Ia juga sesuai untuk dijadikan goodies dan hamper.Styles Cookies tidak memerlukan coklat masakan mahupun coklat kompaun sebagai hiasan ia dihasilkan tanpa perlu sokongan coklat untuk kelihatan cantik dan sedap.Hari ini chef kongsikan salah satu resepi menarik 'Styles Cookies- iaitu Velvet Styles Cookies.

Velvet Styles ( mesti gabungan coklat & merah )

Bahan Doh Merah

250gm Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung ( brown &polson )
50 gm Nestum dikisar halus
250 gm Mentega / marjerin
100 gm Gula Aising
60 gm Gula perang
1 ½ sudu kecil Esen Vanila
Pewarna merah

Bahan Doh Coklat

150 gm Tepung Hairan Kek Coklat Moist
100 gm Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung ( brown &polson )
50 gm Nestum
250 gm Mentega / marjerin
160 gm Gula Aising

Cara  Membuat

1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh.

2.uli dan gulung doh memanjang atau menggunakan piping bag pastikan saiz seperti sebatang straw,perlu diingat styles cookies saiz setiap doh yang diuli perlukan saiz seakan sebatang straw minuman. 

3.Cara buat doh coklat- satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh seperti doh plain.

4.Susun setiap doh yang telah diuli menjadi seakan straw minuman atas Loyang atau dulang.Susun rapat-rapat antara setiap doh yang telah diwarnakan dan diuli.Apabila telah siap disusun.Sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 30 minit.

5.Keluarkan doh dari peti sejuk, potong bersilang seperti bentuk 3 segi, anda boleh memotong memanjang jika suka,Styles cookies hanya sesuai bentuk 3 segi dan 4 segi kerana keunikannya dan tiada pembaziran doh.Hias dengan gula manik

6.Bakar pada suhu 160’c selama 18 minit.




Velvet Styles Cookies ini boleh anda gunakan untuk hidangan biskut raya tahun ini, malah kepada anda yang ingin membuat bisnes pun sesuai- tak kire lah bisnes biskut raya mahupun hamper dan goodies.Velvet Styles Cookies ini juga telah dikongsikan resepinya di Majalah AROMA terbitan Suri Media Sdn Bhd untuk keluaran edisi hari raya tahun ini, anda juga boleh dapatkannya dipasaran sekarang!

 Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik







Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign