Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
kepada semua muslimin & muslimat.. kepada anda semua yang menyokong
apa sahaja yang chef obie lakukan,
Semoga sepanjang bulan Ramadhan yang lepas amalan
ibadah diterima Allah swt.
Kemenangan Syawal kita raikan bersama...& keberkatan sentiasa
mengiringi kita.
Mohon maaf yea sekiranya chef obie ada melakukan kesalahan sengaja mahupun tidak, halalkan segala makan minum & ape-ape yang chef obie terima sepanjang tahun ..., jangan ambil hati atau berkecil hati sekiranya ada terkasar bahasa dari chef..., kosong-kosong yea..
Dalam pada kita bergembira- sentiasa beringat kepada saudara muslim kita diluar sana - GAZA Palestine, lubnan,syria,afghanistan , iraq & seluruh negara umat Islam.
Juga Takziah kepada ahli keluarga waris penumpang & anak kapal MH 370 & MH17.
Tidak lupa juga semoga atlet-atlet negara yang sedang berjuang di Sukan Komanwel Glosgow beroleh kejayaan- bawak balik pingat lebih sikit..paling tidak pun melepasi sasaran 7 pingat emas!
good luck..
Ikhlas daripada Chef Obie
( Muhamad Gunawan Jamil )
chefgunawanmalaysia.blogspot.com
Hotline : 017 2260719
p/s- chef obie kembali aktif dlm segala urusan kerja selepas 7 hari berhari raya
heee... peace!