CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Jumaat, 19 September 2014

Kuih Popular : Kuih Gandus hanya ada seorang aje yang buat kat Malaysia


Kuih Gandus

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera semua..
hari ni chef obie nak sharing info mengenai salah satu kuih.. bukan kuih tradisional tau,heeee yea la tajuk kat atas tu macam tak percaye aje kuih yang hanye ada seorang aje yang buat kat Malaysia...nak tau nape bie cakap macam tu?

sebabnye... kuih gandus ini  telah direkacipta oleh sepasang suami isteri... iaitu makcik & pakcik gandus ( nama rahsia atas permintaan ) jadi chef obie panggil pakcik & makcik gandus terbaek!

Keistimewaan Kuih Gandus-

1- Dimasak dengan cara grill dan memerlukan gegelung tembaga sebagai acuan utama ( ditempah has untuk kuih gandus ) atas Kuali  dengan api sederhana.
2-Resepi Istimewa dengan nanas dimasak sebagai inti ( korang perlu rasa..sebab bukan seperti inti tat nanas... amat lembut..seperti jelly sumi dengan nanas masak masam manis emmm memang terangkat bile dinikmati panas-panas! )bahagian luar rasanya seperti lempeng pisang yang dicampur bersama parutan kelapa muda dengan manis pisang lenyek dan diperasa sedikit garam... eeemmmm, apa pun resepi adalah rahsia!
3-Hanya boleh didapati di pasar Keramat Kuala lumpur sahaja ( tengah hari korang standby aje depan kedai ikan bakar tu ) sebab apa chef obie cakap macam ni, sebab kalau lambat datang kuih gandus habis!... ni pun beratur panjang, atas ehsan makcik gandus chef diberi 2 biji percuma..sebab kuih gandus tak cukup dah habis orang beli dan order awal heee....masa bie beli pun waktu tu dah dekat pukul 3 petang..kire nasib lah kalau dapat.
4-Nama kuih Gandus diberi atas sebab saje...tuan empunye yang mencipta nak bagi name unik ni... " Kuih Gandus"
5-Tak boleh ditiru lah yea...jadi korang yang teringin nak buat seperti kuih gandus juga , diingatkan buatlah kuih yang lain dan unik juge mungkin boleh caras kuih gandus ni...kalau boleh heee.
6.Harga yang agak murah hanya Rm0.40 sebiji... patutlah cepat habis..kuih besar sedap pulak tu !


selamat melayan candid dari chef obie....photographer amatur ni...heeee





chef obie FIM - food is memory


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign