Obielicious

KELAS MEMBUAT ROTI @ KELAS meROTI CHEF OBIE - TERBUKA KEPADA YG BERMINAT ( berkumpulan mahupun perseorangan ) Boleh buat DI tempat Anda - LUAR DARI kl -SEMENANJUNG / SABAH /SARAWAK mahupun di tempat chef- di Kuala Lumpur & Ampang- Whatsapp 0172260719

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

Kelas Masakan & Baking Personal Popular Chef Obie-Menjadi pilihan Peminat Dunia Masakan Sama ada Amateur mahupun Professional Malaysia & Antarabangsa .

24 EBOOK MASAKAN , KEK , ROTI DAN MUFFIN CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK MASAKAN & ASAS BUAT KEK

bE mY Heartbeat..!

Rabu, 24 September 2014

Resepi Vindaloo Kambing Chef Obie

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera..
macammana hari ini..semua lancar? Alhamdulillah...
harapnya begitulah...

Hari ni bie nak sharing resepi vidaloo kambing... resepi popular dari India selatan... terbaik sedap dinikmati bersama nasi putih..roti..capathi , roti canai pun sedap...nasi buryani..pergghh...yang penting korang cube resepinya...


Resepi Vindaloo Kambing



Bahan

1 kg Daging kambing @ biri-biri
2 sudu besar Miyak Sapi
2 Cawan Bawang dicincang
1 sudu besar Gula
2 batang cili Hijau ( belah Tengah )
½ Cawan Air

Bahan Perap untuk daging Kambing
1 sudu besar Tomato Puree
3 biji Tomato dikisar
½ sudu besar Cuka
1 sudu besar Garam
¼ cawan Halia dikisar
1 ½ Serbuk Kari Daging
1 sudu kecil Garam Masala
1 sudu kecil Serbuk Mustard
1 sudu besar Serbuk Cili
1 sudu besar Serbuk Paprika.


Cara membuat


1.Cara tradisional masak vindalo daging perlu diperap terlebih dahulu dengan 

ke semua bahan perapan ( 24 jam @ sehari )


2.Sebelum menumis perlu asingkan dahulu daging dengan bahan perapan 

terlebih dahulu,


Panaskan myak sapi, tumis bawang dan cili hijau hingga layu masukkan daging

 kambing, kacau hingga mesra,Masukkan Air biar mendidih, masukkan bahan 

perapan semula ke dalam tumisan.Biar ia mereneh dan memekat, akhir sekali 

masukkan gula, kacau hingga agak pekat dan kering.Siap.Jika yang suka makan

 berkuah tak perlu kacau sehingga pekat. 






Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign