CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 8 Disember 2014

Glosari Masakan Whipping Cream



Follow IG : chef_obie_untold

Assalammualaikum wbt,
semoga hari ini memberi 1000 keceriaan kepada
anda semua yang melayari blog kesayangan chef obie ini.

Hari ini chef obie ingin berkongsi sedikit info '-
GLOSARI MASAKAN

Apa itu WHIPPING CREAM ?

Sekiranya anda memang dalam food industri
pasti anda tahu apa itu whipping cream dan apa fungsinya.

Chef obie ingin memberi pencerahan
mengenai whipping cream. Whipping Cream diperbuat
daripada krim yang pekat , dicampur pula dengan bahan
penstabil supaya produk ini tetap gebu dan kembang
selepas diputar atau dipukul menggunakan whisk.
Gula juga digunakan dalam pembuatan whipping cream ini.

Penggunaan WHIPPING CREAM

Whipping Cream sesuai digunakan untuk
menyaluti kek dan sebagai topping kek.

Manakala Dairy Whipping Cream ianya sesuai
juga untuk dicampurkan dalam masakan.
Selain itu untuk penggunaan dalam masakan anda
juga boleh gunakan produk Cooking Cream.Tapi ia tidak
begitu praktikal.

Mengapa chef kata penggunaan cooking
cream ini tidak berapa praktikal?Cooking Cream dan Whipping Cream
kedua produk ini boleh digunakan untuk campuran dalam
masakan.Akan tetapi produk cooking cream
tidak boleh diputar menjadi krim putar...Anda putar
atau pukullah selaju mane ianya tidak akan
berubah menjadi krim topping dan sebagainya.
Tapi jika anda menggunakan Whipping Cream
anda boleh guna 2 dalam 1. Ia boleh
digunakan sebagai bahan campuran dalam
masakan juga boleh digunakan sebagai
krim putar untuk menyaluti kek dan penghias kek
ataupun sebagai bahan asas kek puding , mousse cake,
Kek keju dan sebagainya lagi.

Jelas anda tidak rugi atau membazir
sekiranya membeli whipping cream.
harga juga tidak beza sangat dengan
Cooking Cream.

Semoga dengan sedikit pencerahan ini
sedikit sebanyak dapat menambah ilmu dan
membantu dari segi pemahaman untuk
produk makanan.


sambil tu layan Maharaja Lawak 2014 Shiro Minggu 1



Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign