CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 5 Januari 2015

Resepi Bulgogi ( Daging BBQ Korea ) dan enjoy di SWEETREE bersama "my pren"

Facebook : chefobie untold
Instagram : chef_obie_official
website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com

whatsapp : 0172260719


Alhamdulillah, beberape hari yang lepas ,
chef obie sempat meluangkan masa bersama 
sahabat- my pren ( gelaran kite orang untuk sahabat dari kecil & zaman sekolah )
my pren chef ni nama die aden & yaya dari jb, skang dah menjadi suami isteri...dan
tak terlambat lagi untuk chef ucapkan selamat pengantin baru....heeee..juge teman chef miss untold turut join makan-makan korea ni.

Disebabkan pengaruh dan budaya korea..baik dari segi hiburan mahupun makanannya..maklumlah..chef obie pun pernah sampai disana walau x lame mane ..lebih 2 minggu di Yeosu , Korea Selatan pada tahun 2002 ..dah lame kan..mase tu kpop belum melanda lagi....heeee...mase tu Piala Dunia Korea + Jepun !Apa pun chef obie ke korea pada waktu tu atas urusan kerja...maklumlah name pun tukang masak...layan & enjoy!






chef dan my pren memang takkan lepaskan peluang sekiranya ada..kedai makan korea yang sedap dan yang
pasti halal...pasti bertandang...kalau nak tengok kedai dan tempat-tempat makanan korea yang best area kuala lumpur & selangor boleh add fb : chefobie untold .















sempat menikmati Korea Royal BBQ , Gimbap@kimbap, bulgogi salad & etc... yang pasti membuatkan anda puas hati !


selit satu pic chef obie di Yeosu , Korea Selatan pada tahun 2001 - 2002 boleh kan...
obie layan budaya korea sebelum kpop muncul gitu.... 

sebab dah janji nak sharing

 Resepi Bulgogi ( Daging Korea BBQ )



Bahan-bahan 

  • 500 gram daging lembu (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang Holland
  • 1/2 biji lobak merah
  • 5 sudu besar kicap soya masin 
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar jus pear  yang dikisar setelah dikupas kulit
  • 1  sudu besar bawang putih yang dicincang
  • 1/2  sudu besar halia yang dicincang 
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • suku cawan  air
  • 1/2 batang daun bawang yang dihiris nipis
  • 1 sudu besar biji bijan disangai

Cara Membuat

Potong daging lembu nipis-nipis 

sesuai cita rasadalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan dari no. 4 sampai bahan terakhirSetelah bahan-bahan dicampur dan digaul, masukkan ke dalam mangkuk yang berisi daging yang sudah dihiris tadi

Perap daging dalam peti sejuk selama 2 jam,

 potong bawang besar seperti biasa dan potong lobak merah secara memanjang, iaitu dikerat dua lalu dihiris nipis-nipis lalu hirisan tadi dimayang secara memanjangMasukkan perapan daging ke dalam kuali non-stick, lalu dibuka api sederhana , dan masukkan sekali bawang dan lobak merah yang telah dipotong .

Setelah air perapan hampir kering , tutup api dan hidangkan.Selamat Mencuba dan selamat melayan video kpop dari Infinite- dance practice - & performance at MAMA 2014





Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign