Obielicious

BENGKEL SENI MASAKAN PERNIAGAAN BERSAMA CHEF OBIE - KEK/COKLAT/3D/BROWNIES/COOKIES/ENERGY BARS ( 28 OKTOBER 2017 - Sabtu ) - Whatsapp 0172260719 / 016 9166010 ( HOT ! ) KELAS MASAKAN DAN BAKING PERSENDIRIAN + TESTIMONI PELAJAR ( HOT !)

FILE KIT + CD ROM PELBAGAI PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN serta TESTIMONI PELANGGAN .

( hot ! ) 24 EBOOK MASAKAN , KEK ,PASTRI DAN BAKERI CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK ( Harga dlm Ringgit Malaysia )
( hot ! ) PENULIS JEMPUTAN MAJALAH MASAKAN TEMPATAN & PHOTOSHOOT UNTUK MAJALAH & MEDIA MASSA / ELETRONIK

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

bE mY Heartbeat..!

Rabu, 13 Julai 2016

Resepi Untuk Jualan : RESEPI CHURROS ATAU SPANISH DONUT

CHURROS ATAU SPANISH DONUT
*chef obie di Taragona & Barcelona Sepanyol

Salam Lebaran lagi...masih dengan selera menu hari raya..ada yang bawak biskut raya kat office..makan sorok2? tak nak share dengan rakan sekerja?hahaha apa pun..yang anda buat semoga bahagia... pagi ni chef obie sekadar berkongsi satu resepi kuih dari negara Sepanyol..Hola....
Orang Sepanyol biasanya makan macam ni sahaja , tiada sos coklat bagai, tapi bila dah masuk pasaran dunia dan ramai mula tahu akan apa itu churros atau spanish donut, maka untuk jualan - masyarakat dunia termasuK orang-orang di malaysia secara kreatif dan terpaksa mengikut permintaan pasaran churros mula dimakan bersama pasangannya iaitu sos coklat dan sebagainya la..., macam orang di Malaysia kalau makan yang goreng-goreng mesti nak dicicah...alah macam makan cekodok nak cicah dengan cili sos atau sambal kicap .
Ni kira pengalaman hidup dan karier chef obie, obie  pernah berada di Sepanyol ketika usia 19 tahun nak masuk ke 20 tahun ketika itu awal tahun 2000 , chef obie di Tarragona,Sepanyol , lokasinya perkampunganya  di tepi laut..pekan yang damai dan chantik.Maklumlah chef obie ketika itu steward merangkap tukang masak disalah satu Syarikat Perkapalan. Hola.... esok chef obie share sedikit gambar..maklum pada tahun tu tak ada smartphone bagai..nak take pic senang aje..mase tu azab..habis kodak film tak boleh ambil gambar...sedih 


RESEPI CHURROS atau SPANISH DONUT
Bahan
240 gm unsalted butter ( dibahagi 2 bahagian )

1000 ml  @ 1 liter air

1 2 sudu besar Gula Pasir 

1 sudu kecil Garam 

4 cawan tepung gandum ,1 sudu kecil vanila ,  4 biji Telur , minyak masak untuk menggoreng , gula kastor dan 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Peralatan :
plastik piping bag, nozel bunga besar , gunting
Cara Penyediaan :
1.Didih air dalam pot @ periuk. 
2.Apabila telah mendidih kecilkan api,kemudian gunakan spatula masukkan tepung gandum dan kacau adunan hingga sebati dan tak melekat di periuk.
3.Matikan api dan pindahkan aduna ke dalam bekas mixer , masukkan telur satu persatu , gunakan spatula kacau adunan hingga sebati, Biar ia sejuk sedikit. Sekadar suam.
4.Panaskan minyak dengan api sederhana.
5.Gunakan Plastik piping bag dan nozel bunga besar. masukkan adunan mengikut keselesaan anda.
5.Standby gunting di sebelah anda, paipkan memanjang adunan ke dalam minyak yang telah dipanaskan.Bolak balikkan adunan yang digorengg sehingga warna keemasan, apabila masak angkat churos yang telah siap digoreng, dan toskan dengan menggunakan kitchen towel.
7.Gula kastor dicampurkan serbuk kulit kayu manis , churos dibolak baik dalam campuran gula ini.



                           

8.Siap untuk dihidang. Anda boleh gunakan plastik container untuk membungkus atau paper bag.Gunakan kreativiti anda dalam jualan.Selamat Maju Jaya...


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign