CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 22 Mei 2018

RESEPI PILIHAN RAMADHAN CHEF OBIE : AIR ASAM SEMPOI

RESEPI PILIHAN RAMADHAN CHEF OBIE : AIR ASAM SEMPOI + di nikmati dgn pelbagai hidangan termasuk ulam ulaman


Salam Ramadhan , pagi selasa yang tenang , semoga anda juga dapat mejalani aktiviti harian dengan baik sekali hari ini.

Hari ni chef obie kongsikan satu resepi mudqh dan sedap..yang penting sempoi..
Iaitu ' AIR ASAM SEMPOI '

Jom..kite layan resepinya..









Bahan Utama

















1 cawan Asam Jawa
4 cawan Air
2 sdb Budu
11/2 sdt Garam
5 sdb Gula Pasir
1 sdb Stok Ayam
1 biji hirisan kulit Limau nipis
4 helai daun Limau Purut hiris nipis
1 genggam Cili API Merah+hijau hiris
1 btg Cili Merah buang biji, hiris
1 btg Cili Hijau buang biji , hiris
1 biji Bawang Merah Besar ,dadu + mayang
1/2 biji Bawang Holland ,mayang
3 biji shallot mayang
2 biji Tomato merah mayang & dadu
1 biji Jus Limau nipis
Daun ketumbar secukupnya.
Cara Penyediaan


















1.Didihkan air + asam jawa( biji buang ), matikan api, satukan ke semua bahan kacau mesra & siap until dihidang & dinikmati dgn hidangan pilihan anda...


Selamat Mencuba
FB: chefobie untold
Instagram: chef_obie_official
Page: Diari Kelas Chef Obie
Page: smallplate by chef Obie
WhatsApp: 60172260719

Terima Kasih

Isnin, 21 Mei 2018

RESEPI PILIHAN RAMADHAN CHEF OBIE : AYAM MADU QILAT

RESEPI PILIHAN RAMADHAN CHEF OBIE : AYAM MADU QILAT 

Assalammualaikum wbt,
ramadhan ke 5 , syukur Alhamdulillah masih diberi peluang menikmati..nikmat-nikmat hidup yg percuma ini.

Petang ni, chef obie ingin kongsikan satu menu dan resepi untuk berbuka mahupun sesuai untuk waktu bersahur, boleh dinikmati bersama nasi putih mahupun bubur nasi !

Menu berasaskan ayam menjadi pilihan chef obie malah bahagian wing ( kepak ) dan Buffalo ( drummet ) sebagai yang utama.



Bahan Utama

600 gm Kepak Ayam & Buffalo ( drummer )
2 sdb Marjerin @ Mentega
2 ulas Bawang Putih cincang
1 sdt Lada Hitam
2 sdb Sos Tiram Lee Kum Kee
1 sdt Lada sulah
1 biji Jus Limau Nipis
1 sdb Gula Pasir
1 sdt Serbuk Kunyit
1 sdt Serbuk Kari Ikan
1 sdb Serbuk Stok Ayam
1 sdb Tomato Soup
1 1/2 sdt Garam 
1/2 cawan Air
1 sdb Bijan disangai
2 sdb Madu 

Cara Penyediaan

























1.Dalam satu bowl,Kepak dan buffalo ayam diperapkan dgn semua bahan kering , kecuali jus limau,gula,garam,madu,tomato dan bijan juga air. Perap 15- 20 minit sahaja.







































2. Panaskan Mentega Dlm non stick pan.Tumis Bawang Putih hingga kekuningan, masukkan ayam yg telah diperap,buka api besar dlm 3 mnt,bolak balikkan ayam. ( Ayam Akan kelihatan seperti dipanggang @ roasted )





















3.kecilkan api,masukkan air,tomato,jus limau,gula,Garam,Dan madu,kacau mesra Dan Akhir sekali masukkan bijan yg telah disangai.Enakk dimakan begitu sahaja juga boleh dinikmati bersama hidangan lain.

Selamat Mencuba



#5ramadhan #resepiberbukapuasa #resepiramadhan #chefobie #mgjconsultancy #ayammadu #ayammadubijan #ayammaduqilat



KELAS MASAKAN PERNIAGAAN POPULAR 2018:

Asalammualaikum wbt & Salam Sejahtera netizen,
Chef obie nak war-warkan..

Ada Lebih 20 Jenis Kelas Masakan Perniagaan Yg Menjadi Pilihan Para Pelajar- Bakal Peniaga/ Peniaga Offline @ Online / Usahawan...
& Terbaru!!!
KELAS MASAKAN MALAM CHEF OBIE ( kelas 3 Jam shj )

Anda Boleh Klik link dibawah ini untuk informasi selanjutnya :






👇
WhatsApp
+60172260719 chef obie
+60169166010 PA Nesa


Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign