Obielicious

BENGKEL MASAKAN PERNIAGAAN POPULAR MASAKINI 3 "S" BERSAMA CHEF OBIE MASAKAN PANAS SIZZLING ( 30 SEPTEMBER 2017 - Sabtu ) - Whatsapp 0172260719 / 016 9166010 ( HOT ! ) KELAS MASAKAN DAN BAKING PERSENDIRIAN + TESTIMONI PELAJAR ( HOT !)

FILE KIT + CD ROM PELBAGAI PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN serta TESTIMONI PELANGGAN .

( hot ! ) 24 EBOOK MASAKAN , KEK ,PASTRI DAN BAKERI CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK ( Harga dlm Ringgit Malaysia )
( hot ! ) PENULIS JEMPUTAN MAJALAH MASAKAN TEMPATAN & PHOTOSHOOT UNTUK MAJALAH & MEDIA MASSA / ELETRONIK

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

bE mY Heartbeat..!

Selasa, 20 Januari 2015

Azmi - Caliph Buskers MOJO Romancinta Dan Resepi Candy Kelapa Mudah Popular



Facebook : chefobie untold
Instagram : chef_obie_official
website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com

whatsapp : 0172260719


Resepi Candy Kelapa Mudah Popular





Bahan-bahan

2 biji kelapa parut 

kelapa muda lagi baik

2 tin susu pekat ( tak kisah jenama apa pun )

380gm gula pasir

3 sudu besar margarine atau mentega ( orang dulu tak guna mentega@butter )

pewarna merah/hijau/kuning

3 helai daun pandan dicarik dan dsimpul

Periuk 



Cara membuat : 

1-Sangai sebentar kelapa dalam kuali kiranya menggoreng tanpa minyak ( hingga hampir kering, jangan sampai kering karang jadi kerisik pulak )

2- kemudian,Pindahkan kedalam periuk yang lebih besar dan tebal

3-Campur semua bahan yang lain dan masak
perlu kacau sentiasa atas api yang perlahan (pastikan jangan sampai ada yang hangit )

4-Apabila gula telah cair dan menggelegak ( korang perlu berhati-hati part ni,sebab air gula yang panas ini percik tau..)

5-Kacau adunan sehingga adunan tidak melekat pada periuk.
( adunan berkumpul di bahagian tengah )


Akhir sekali bubuh pewarna ( bahagikan 3 bahagian )

Matikanlah api, dan masukkan margarine / mentega kacau rata
masukkan k dalam acuan lebar 12 x 12 atau lagi besar lagi eloklah..
chef obie sarankan..sebab kite akan tekan dan ratakan pastikan
tebal 1/2 inci



Kemudian cooling..ea..sejuuukkan.

Senangkan... kemudian bolehlah potong mengikut saiz yang
korang suke dan wrappimg dengan plastik warna!

okaylah resepi candy kelapa dah sharing...sambil tu chef nak sharing cket info mengenai Caliph Buskers yang jadi jemputan MOJO untuk melontarkan lagu Romancinta,, penyanyi asal Aweera.chef dah kire peminat group busking ni la.

Pertama kali dengar aje suara azmi- penyanyi Caliph Buskers..
meremang bulu roma..mmmm chef rasa azmi ni bintang yang lama tersorok..tiba masa untuk menyinar betul tak chef kata? Ramai orang boleh menyanyi dengan sedap didengar ..tapi tak ramai yang boleh menyanyi bukan sahaja sedap ditelinga tapi sedapnya  sampai ke hati... jarang jumpe ...menusuk bro! chef obie ucapkan selamat maju jaya untuk Azmi dan Caliph Buskers



Caliph Buskers sebelum ini merupakan penghibur jalanan cacat penglihatan yang sering dilihat di sekitar Kuala Lumpur dan Edry KRU berbesar hati untuk memberikan mereka peluang besar untuk muncul di pentas Anugerah Juara Lagu di hadapan ribuan penonton.

Dalam temubual bersama radio Era FM pagi ini, Edry KRU berkata yang beliau dan kumpulan Mojo berjanji akan keluar busking bersama Caliph Buskers di lokasi biasa mereka sebagai membalas jasa membawakan lagu Romancinta dengan penuh berkesan di AJL 29.



 Harapnya KRU Studios berminat untuk mengambil kumpulan istimewa ini untuk bernaung di bawah syarikat rakaman mereka. Selari dengan saranan peminat yang mahu melihat Caliph Buskers pergi lebih jauh selepas ini.

chef obie sharingkan video dan lirik  Caliph Buskers- Mojo -Romancinta diAJL29







Lirik Lagu Romancinta - Mojo



Sejak kamu pergi menjauh

Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya 
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya 
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Beri semula
Hatiku rasa
Romancinta







Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign