CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 7 Disember 2015

10 Fakta Putera Kesayangan Negeri Johor - Almarhum Tunku Jalil ibni Sultan Ibrahim Ismail




Berikut merupakan 10 fakta penting mengenai Almarhum Tunku Jalil untuk kita ingati bersama:


1. Pernah bekerja sebagai penjaga zoo di Singapura selama setahun dan di London hampir dua tahun.



2. Berkelulusan dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan dari sebuah universiti di United Kingdom.



3. Mencatat sejarah sebagai kerabat diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor.



4. Beliau tidak bermain polo disebabkan alahan pada bulu kuda.



5. Menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan untuk membantu pesakit kanser di negara ini.



6. Kerap kali mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, beramah mesra dan bertanya khabar.



7. Disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan menjalani rawatan pemindahan hati di China.



8. Baginda merupakan adinda kepada Tunku Mahkota Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar.



9. Antara kekanda dan adinda baginda termasuk Tunku Aminah Maimunah, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri dan Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim.



10. Baginda mangkat pada pukul 7.11 malam, 5 Disember 2015 dan berusia 25 tahun.

Sembah takziah kepada Keluarga DiRaja Johor atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim Ismail. Semoga roh Almarhum ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. Al-Fatihah

Anak Jati Negeri Johor - Chef Obie  

info kredit Astroawani

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign