Obielicious

BENGKEL MASAKAN PERNIAGAAN POPULAR MASAKINI 3 "S" BERSAMA CHEF OBIE MASAKAN PANAS SIZZLING ( 30 SEPTEMBER 2017 - Sabtu ) - Whatsapp 0172260719 / 016 9166010 ( HOT ! ) KELAS MASAKAN DAN BAKING PERSENDIRIAN + TESTIMONI PELAJAR ( HOT !)

FILE KIT + CD ROM PELBAGAI PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN serta TESTIMONI PELANGGAN .

( hot ! ) 24 EBOOK MASAKAN , KEK ,PASTRI DAN BAKERI CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK ( Harga dlm Ringgit Malaysia )
( hot ! ) PENULIS JEMPUTAN MAJALAH MASAKAN TEMPATAN & PHOTOSHOOT UNTUK MAJALAH & MEDIA MASSA / ELETRONIK

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

bE mY Heartbeat..!

Jumaat, 9 September 2016

MENU & RESEPI UNTUK HARI RAYA AIDILADHA @ KORBAN : SOTONG MASAK UNGKEP

Share & LIKES
#selamatharirayaAidiladha
#resepisotong

RESEPI SOTONG MASAK UNGKEP

Bahan

1 1/2  kg Sotong Saiz sederhana @ kecil
3 labu Bawang Merah kisar
1 Ulas Bawang Putih kisar
2 Sdb Biji ketumbar ( disangai dan kisar @tumbuk )
1 Sdb Jintan Putih ( disangai dan kisar @tumbuk)
2 Sdb Jintan Manis ( disangai dan kisar @tumbuk )
1/2 Sdb Lada Hitam ( tumbuk )
1 inci Kunyit Hidup ( tumbuk )
1 inci Halia kisar
1/2 inci Lengkuas kisar
1/2 inci Belacan
1 kotak kecil Santan ( Kara @ Harmuni )
1 keping Asam Gelugor
Gula & garam sebagai perasa
2 batang Serai diketuk
Air jika perlu

Cara Penyediaan :

1. Panaskan pan @ kuali , Masukkaan ke semua bahan kisar dan serai.

2.Setelah mendidih masukan , belacan, aaam gelugor , santan dan kacau mesra.Pastikan api jangan terlalu besar.Api dalam keadaan sederhana atau kecil. Masak jangan dipaksa siap cepat.Hidangan ini tidak akan sempurna.

3.Apabila telah mendidih dan bubbling kecil masukkan sotong.Biar sehingga kuah memekat.

4.Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula.
Siap untuk dihidang.

Hidangan istimewa dan mudah untuk dimasak ini boleh dinikmati bersama nasi putih,nasi impit,ketupat dan sebagainya.
Sesekali ubah menu selain menu rendang.

* Bahan utama boleh diganti dengan AYAM / DAGING / HATI AYAM@LEMBU / UDANG / PARU
boleh tambah ubi kentang untuk masak yg berdaging

Follow my ig : chef_obie_official
website: chefgunawanmalaysia.blogspot.com
Whatsapp Cooking Group : 0172260719


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign