Obielicious

KELAS MEMBUAT ROTI @ KELAS meROTI CHEF OBIE - TERBUKA KEPADA YG BERMINAT ( berkumpulan mahupun perseorangan ) Boleh buat DI tempat Anda - LUAR DARI kl -SEMENANJUNG / SABAH /SARAWAK mahupun di tempat chef- di Kuala Lumpur & Ampang- Whatsapp 0172260719

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

Kelas Masakan & Baking Personal Popular Chef Obie-Menjadi pilihan Peminat Dunia Masakan Sama ada Amateur mahupun Professional Malaysia & Antarabangsa .

24 EBOOK MASAKAN , KEK , ROTI DAN MUFFIN CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK MASAKAN & ASAS BUAT KEK

bE mY Heartbeat..!

Selasa, 25 Oktober 2016

Nota Hari Ini : Buat Baik Berpada-pada , Buat Jahat Jangan Sekali

Nota hari Ini : BUAT BAIK BERPADA-PADA , 
BUAT JAHAT JANGAN SEKALI

Assalammualaikum wbt ,
Syukur Alhamdulillah kita masih diberi peluang 
untuk menikmati sisa-sisa hidup yang percuma ini.
Hidup dan kehidupan diuji itu adalah ketentuan yang tetap diberi kepada semua umat manusia, 
dilahirkan dalam keadaan senang , sukar , sebatang kara , sederhana , kacak , cantik , hodoh , bodoh , bijak , cerdik , istimewa semua ini kita manusia tiada hak untuk meratapi , menyalahi takdir , dan merungut .Kerana Allah mencipta semua kejadian penuh bersebab dengan kesempurnaan dalam memenuhi ujian untuk setiap hambaNYA.

Mohon maaf chef obie tidak bijak berkata-kata , 
Dalam karier chef obie..
chef obie suka menceburkan diri dalam khidmat masyarakat 
atau komuniti.

 Chef obie BEBAS bergerak tanpa mengikut mana-mana
parti politik mahupun XXX, dan chef obie sangat tidak selesa jika  ada yang mengambil kesempatan atau memperguna
ke atas diri chef dalam membantu komuniti dalam menajamkan kemahiran hidup mereka , 
Golongan ini berselindung disebalik program atau ??? mempergunakan ,  atau mengambil keuntungan 
dari segi wang yg tidak kita ketahui atau mahupun untuk  sebuah nama mereka yang akan dikenali.
Biarlah mereka,chef tidak masuk campur .Sekadar pandangan mungkin dari satu sudut sahaja. 
Hanya Allah sahaja yang akan menilai semua itu. 

Bagus jika banyak program bersama komuniti dianjurkan atau diadakan dari pelbagai pihak tidak kira badan NGO mahupun mana-mana dari parti politik atau mana-mana persatuan.
Sebagai termasuk dalam komuniti pasti berasa bangga.Semua ada rasa tanggungjawab membantu sesama insan yg memerlukan.

Tapi cuba elakkanlah diri kita daripada Jangan terjerumus menunjukkan yang Anda atau kita kononnya Concern 
dengan komuniti.Padahak Anda atau kita hadir dengan penuh segala macam agenda.Cuba muhasabah diri jugak.Diri chef sendiri banyak kekurangan.

Banyak Golongan yang lebih baik daripada chef yang berhabis wang , masa dan masa depan mahupun keluarga demi membantu golongan - golongan ini. Mereka yg tiada kepentingan pun dalam mana-mana Parti politik mahupun NGO.Tahniah kepada Anda semua...

Chef doakan kepada mana-mana golongan yang pernah bersama chef obie -:
komuniti -komuniti , asnaf-asnaf , ibu-ibu tunggal , 
gelandangan , golongan OKU , Transgender ,pesakit kanser , pesakit HIV , pelacur dan sebagainya.

Semoga Anda tabah , Allah sentiasa ada untuk kamu , Lawanlah dengan sekitar kamu yang negatif , jadikan ia Positif.

Kepada anda diluar sana , chef yakin anda juga memiliki hati yang ingin membantu mereka yang dalam kesusahan , Mulakanlah dengan sedikit usaha yang kecil, kite tidak perlu tunggu sehingga menjadi orang yang kaya raya mahupun orang yang hebat  barulah nak menghulurkan bantuan
"Wang bukan segalanya , tapi wang perlu untuk kehidupan yang lebih baik dan tidak hina, 
Anda boleh membantu dari segi tenaga mahupun kemahiran yang anda ada "

Diluar sana banyak badan ,pusat , persatuan , rumah-rumah kebajikan yang boleh anda dengan sukarela menghulurkan tangan sebagai Bantuan Murni !
Buatlah dengan hati yang gembira...InshaAllah jiwa dan seluruh diri anda akan menikmati
sATU aURA PENUH KENikmatAN  1000 ketenangan DAN RASA HAPPY yg sukar digambarkan !

Terima kasih sudi membaca


* Sekiranya dalam keluarga anda ada yang dalam kesusahan dan layak dibantu, UTAMAKANLAH keluarga dahulu , bantu dalaman dahulu , barulah bantu mereka diluar sana. 

Mohon maaf sekiranya ada yang terasa dan makan hati atas penulisan chef ni, 
yang serba kekurangan itu datangnya daripada diri chef sendiri.


- chef obie 

ig : chef_obie_official












Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign