CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI

017 2260719 CHEF OBIE

016 9166010 P.A NESA

013 7326939 FAD KADEEN .

Follow Instagram @chef_obie_official & @mgj_consultancy

obieber

Sabtu, 25 April 2020

#StayAtHome Salam Ramadhan 1441 Hijrah ( 2 ) : RESEPI KARIPAP PUSING CHEF OBIE

#StayAtHome Salam Ramadhan 1441 Hijrah ( 2 )
RESEPI KARIPAP PUSING CHEF OBIE
Perkongsian ini Daripada chef Obie , sebelum ni Untuk warga kg Pasir Segambut Kuala Lumpur yg ramah tamah Sempoi melayan chef...Hari Ini Untuk semua..boleh sharingkan & guna pakai resepi sebaiknya.

(KULIT LUAR)
Doh Minyak:- 350gm tepung gandum
30gm marjerin/ minyak masak
air ais+garam

Cara Penyediaan
1.satukan dan Gaulkan tepung bersama marjerin.
2.Kemudian, masukkan air dan garam sedikit demi sedikit.
3.Uli menjadi doh. agak2 kalau keras boleh ditambah air, kalau lembut sangat tambah tepung sikit 

(KULIT DALAM)
Doh Marjerin:- 150gm tepung gandum+2sb tepung jagung
100gm marjerin

Cara Penyediaan
1.Tepung dan marjerin digaul sebati hingga jadi doh,
2.Jika doh keras boleh tambah marjerin,jika lembut sangat tambah tepung sedikit.
3.kemudian, Doh bahagian dalam dibuat bebola kecil, kemudian balutkan dengan doh bahagian luar. Buat sehingga habis ***Boleh double kan resepi





4.Canaikan doh tersebut memanjang perlahan-lahan jangan sampai terkoyak , boleh taburkan sedikit tepung ,macam renjis-renjis shj jgn terlebih nanti keras. Kemudia gulungkan doh tersebut, potong 1 inci demi 1 inci sehingga selesai .

5.Canaikan doh yang telah dipotong , masukkan inti pilihan dan kelim doh menjadi karipap pusing, susun karipap pusing atas loyang sehingga siap , simpan sebentar dlm esbok @ peti sejuk kata orang johor...than selepas 30 minit boleh lah goreng dengan minyak .


Bahan Inti
1.5 kg Ubi Kentang potong dadu ( Goreng asingkan )
500gm Keledek potong dadu ( Goreng asingkan )
PES inti Epok-epok
4 biji Bawang Merah dikisar
1 biji Bawang Merah dimayang
5 biji Shallot @ Bawang kecil dikisar
2 ulas Bawang Putih kisar
1 inci Halia tua kisar
5-7 btg Cili API Merah dihiris
5 sdb Rempah Kari Ikan
1 sdt Serbuk kunyit
1 tin Sardine kecil
2 sdb Udang Kering (rendam seb ntar )
6 sdb gula pasir
1 sdb Garam
(Jika anda ingin menambah lagi perasa dgn menggunakan Serbuk stok ayam atau msg itu terpulang)
3/4 cawan Minyak Masak

Cara Penyediaan :


1.Panaskan Minyak,masukkan Bawang yg dimayang tumis sebentar, kemudian semua bahan kisar,kacau mesra sehingga pecah minyak,giliran rempah Kari Dan Serbuk Kunyit.
2.Kemudian,Cili API ,udang kering dan sardine,kacau hingga mendidih,masukkan gula Dan Garam **jika and ingin tambah lagi perasa itu terpulang.kacau hingga pecah minyak.
3.Masukkan Ubi Kentang & keledek yg tlh digoreng asing tadi.Kacau mesra dgn PES ini.Matikan api,biar sejuk diluar pada suhu bilik sebelum digunakan.





TEMPAHAN LUKISAN POTRAIT 

Kepada yang menyukai hasil lukisan tangan potrait dan kreativiti pengunaan watercolour eksklusif boleh hubungi Pihak Chef Obie.Lukisan dilukis oleh Chef Obie Sendiri. 

Hubungi MGJ CONSULTANCY
http://www.wasap.my/60169166010 PA Nesa Intan Payung










Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign