Obielicious

KELAS MEMBUAT ROTI @ KELAS meROTI CHEF OBIE - TERBUKA KEPADA YG BERMINAT ( berkumpulan mahupun perseorangan ) Boleh buat DI tempat Anda - LUAR DARI kl -SEMENANJUNG / SABAH /SARAWAK mahupun di tempat chef- di Kuala Lumpur & Ampang- Whatsapp 0172260719

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

Kelas Masakan & Baking Personal Popular Chef Obie-Menjadi pilihan Peminat Dunia Masakan Sama ada Amateur mahupun Professional Malaysia & Antarabangsa .

24 EBOOK MASAKAN , KEK , ROTI DAN MUFFIN CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK MASAKAN & ASAS BUAT KEK

bE mY Heartbeat..!

Sabtu, 3 Oktober 2015

Resepi Australia Pavlova Dan Asal Usul Pavlova




PAVLOVA

MANGO & PASSION FRUIT( Buah Markisa )
(Australia Pavlova )


Bahan :

8 biji putih telur
1 3/4 cawan gula castor
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh cuka makan

Peralatan : Rim kek 7 @ 8 inci , Loyang @ Tray baking , parcthment paper , spatula ,pensil
Cara Membuat :

Bahagian 1 :

Alas loyang dengan partchment paper
 Lukiskan 2 bulatan berdiameter  7 @ 8inci dengan pensil
Kemudian terbalik kan partchment paper.
 Jika ade rim kek bulat boleh juga digunakan 
Panaskan oven dengan api bawah 170 C , pavlova ingin  dimasukkan barulah turunkan suhu kepada 120-100C

Jika anda menggunakan fan oven, panaskan 200'c kemudian apabila pavlova ingin dimasukkan turunkan suhu 120'c

Bahagian 2 :

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu sambil masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.( sehingga Menjadi meringue )
Satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dan
Kacau hingga semua bahan larut.
Akhir sekali masukkan ke dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik



Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.

Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.

Tips-Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya

Bahan Hiasan
Wiping Cream
1 sudu teh Vanilla falvour
Buah mangga  - di dadu
Passionfruit @ Markisa / Puree kepada buah ini juga boleh digunakan.

Whiping Cream + vanilla flavour di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah mangga yang telah dipotong dadu dan markisa.



Sejarah Dan Asal usul Pavlova 

Chef obie sekadar nak share aje sedikit info dan asal usul pencuci mulut istimewa pavlova ni...
Pernah dengan nama Pavlova Miamor~~ ? hahaha…Pavlova adalah satu pencuci mulut berasaskan meringue, dinamakan sempena nama penari balet Russia,  Anna Pavlova. Ia adalah satu pencuci mulut meringue dengan kerak yang segar dan lembut… 
Pencuci mulut ini dipercayai telah diwujudkan untuk penghormatan Anna Pavlova sama ada semasa atau selepas satu lawatan beliau ke Australia dan New Zealand pada tahun 1920-an. Kerakyatannya telah menjadi sumber perdebatan antara kedua-dua negara selama bertahun-tahun, tetapi penyelidikan rasmi menunjukkan New Zealand adalah negara kerakyatannya…
Pencuci mulut ini adalah hidangan popular dan merupakan sebahagian penting daripada masakan kebangsaan kedua-dua negara, dan dengan resipi yang mudah, sering dihidangkan semasa makanan perayaan dan percutian. Ia adalah pencuci mulut yang paling dikenali semasa musim panas, tetapi dimakan sepanjang tahun di  Australia dan New Zealand….
Itu sejarah Pavlova…Berasal dari Penari Balet...mmmm hebatkan..bila nama penari balet di jadikan nama pencuci mulut...mmmm cuba bayangkan jika nama penari balet ini bukan pavlova.. mungkin siti payung mak jemah atau tipah eton  atau saripudin atau kadir.. pasti kite tak akan pernah dengar nama pencuci mulut pavlova kat muka bumi ni..heeee.. smile..juz kidding!


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign