Obielicious

KELAS MASAKAN DAN BAKING UNTUK PERNIAGAAN POPULAR- untuk Amateur & Profesional di Kuala Lumpur & Ampang- Whatsapp 0172260719 ( HOT ! )

FILE KIT + CD ROM PELBAGAI PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN serta TESTIMONI PELANGGAN .

( hot ! ) 24 EBOOK MASAKAN , KEK ,PASTRI DAN BAKERI CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK ( Harga dlm Ringgit Malaysia )
( hot ! ) PENULIS JEMPUTAN MAJALAH MASAKAN TEMPATAN & PHOTOSHOOT UNTUK MAJALAH & MEDIA MASSA / ELETRONIK

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

bE mY Heartbeat..!

Selasa, 1 Disember 2015

Berkat Madinah - Pemborong & Pembekal Makanan Arab

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera..

Ana ( sbb pi kedai pak arab..bahasakan diri ana.. bukan obie..bie..atau chef.. ) 
kelmarin pergi la mencari 
pembekal makanan pak arab ni...
Ana bersama P.A Fahmy... 
mencari-cari keperluan untuk event next month !
Apa pun.. memang rambang mata la kalau ente semua pi sini..
Nama Kedai pemborong Dan Pembekal Makanan Arab ni
terletak di Jalan Sulaiman ( taman Nirwana ) 
Ampang... dekat la sesangat dengan rumah ana... 
sebelah kaki aje langkah...heee..

Di sini ente boleh cari manisan @ dessert arab seperti baklava , roti-roti handmade pak arab termasuklah roti kebab , pita , tortilla dan banyak lagi la..
kalau buah zaitun pun macam-macam jenis di jual....keju pun pelbagai ada... buah delima ada..jus segar buah delima pun ada...perah kat situ jugak !
apa kata ente layan pix2 amateur ni...

















Okaylah sebab ente semua sudah layan pic ni.. Ana kasi kongsi satu resepi..dessert pak arab...
iaitu Baklava !

ente semua boleh try...



Resepi Baklava mudah dan sedap 



utk Filling baklava : 


2 cawan walnut + pistachio + almond dikisar medium fine ( separuh halus tau..nak kasar pun boleh juge.. )

8 sudu besar gula pasir 

1/2 cawan air Bunga Mawar, kalau tak ade boleh guna sedikit essen rose....

1 packet fillo pastry 

250 gm melted unsulted butter/ margerine ( kalau tak ade jugak boleh guna minyak masak atau minyak zaitun ) 

Cara membuat baklava:


1) Sapukan unsulted butter pada loyang ( bie guna guna 12 x 12 " , ikut suke korang nak kecil atau nak lagi lebar..)

2) Letak satu / sehelai lapisan fillo ke atas loyang .

3) Kemudian sapukan fillo 1 dgn melted butter/ marjerin

4) Lepas tu, Lapiskan lagi fillo pastry no.2 ke atas lapisan fillo no.1 yg telah siap disapu butter tadi..

5) Korang perlu lah mengulang langkah ini sampai lebih kurang 18-20 helai.amacam penat tak?iskh benda baik dan sedap..kena lah sabar membuatnye..okay..

6) Part ni agak penting, tuangkan adunan kacang td di atas fillo pastry yang telah hampir 20 helai disapu butter,
ratakan adunan kacang..kasi cun tau..padat sikit..baru besh..

7)Ulang balik langkah melapis fillo pastry, jangan lupa sapukan butter sampai fillo habis...

8) Potong baklava straight / serong / atau ikut suke korang...

9) Bakar 180C lebih kurang 30- 45 min.

10) setelah dibakar & potong,
Masak gula 1/2 cawan bersama air 1/2 cawan + sedikit air rose @ esen rose masak hingga bubble... jgn sanpai jadi karamel.
Kemudian..gunakan stener atau sudu..tuangkan atas baklava yg telah dibakar dan dipotong..pastikan meresap..

Selamat mencuba dan layan... sampai lebam!






Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign