Obielicious

KELAS MEMBUAT ROTI @ KELAS meROTI CHEF OBIE - TERBUKA KEPADA YG BERMINAT ( berkumpulan mahupun perseorangan ) Boleh buat DI tempat Anda - LUAR DARI kl -SEMENANJUNG / SABAH /SARAWAK mahupun di tempat chef- di Kuala Lumpur & Ampang- Whatsapp 0172260719

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

Kelas Masakan & Baking Personal Popular Chef Obie-Menjadi pilihan Peminat Dunia Masakan Sama ada Amateur mahupun Professional Malaysia & Antarabangsa .

24 EBOOK MASAKAN , KEK , ROTI DAN MUFFIN CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK MASAKAN & ASAS BUAT KEK

bE mY Heartbeat..!

Khamis, 26 Mei 2016

Menu Baazar Ramadhan : Resepi Murtabak Mini Sedap Dan Kari Ayam

Resepi Murtabak Mini Dan Kari Ayam



Bahan kulit murtabak

500gm Tepung gandum
260ml air
1 biji telur gred C
1 sudu kecil garam
1 sudu besar Marjerin.

Inti Mertabak

4 biji kentang potong dadu
2 biji telur
100gm ayam kisar
Gula , garam
1 senduk kuah kari ayam

Bahan Kari ayam

300gm ayam potong kecil
2 sudu besar rempah kari ayam daging
2 biji Bawang kecil di mayang
1 batang kulit kayu manis
1 kotak santan
1 batang cili kering digunting
½ cawan air asam jawa

Cara Penyediaan

1.kulit murtabak- satukan ke semua bahan uli sehingga menjadi doh, rehatkan dan tutup dengan plastic atau kain. Biar ia rehat 1 jam , kemudia bentukkan bebola kecil, dan boleh di canai nipis.

2.kari ayam- tumis bawang dan kulit kayu manis hingga naik bau , masukkan daun kari kacau garing kemudian masukkan ayam dan santan, biar mendidih, boleh masukkan air sedikit dan air asam jawa, masukkan gula dan garam sebagai perasa. Siap untuk dimakan bersama murtabak.

3.Inti muratabak- semua bahan dicampurkan bersama, menggunakan garfu kacau dan tuang ke bahagian tengah kulit murtabak dan bungkus, masak ke dua belah bahagian di atas pan atau kuali.

Resepi ini telah dikongsikan dalam Majalah SAJI keluaran Mac 2015


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign