CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 28 Disember 2016

Oiso Koren Traditional Cuisine & Cafe di Menara Hap Seng Kuala Lumpur

Alhamdulillah , Chef obie berkesempatan meeting di sini , Jadi brunch pun disini ,memang puas hati juga,masakan korea asli & harga juga berpatutan... daebak! jom layan smartphone candid aje ...
harga makanan di sini juga berpatutan... yang pasti hidangan nya bersih selain mendatangkan selera...
sempat order.. korean pancake , seafood ramen , beef bulgogi yang pasti..di mana-mana retauran korea.. pasti akan diberi compliment secara percuma..seperti hidangan side free- kimchi , sayuran , ikan bilis , sup mahupun porridge sebagai penambat selera.





alang-alang chef obie nak share Resepi Pancake Korea yang menggunakan Daun bawang dikenali sebagau PAJEON. Kalau menggunakan Daun kucai namanya BUCHUJEON. 


Resepi Pajeon @ Buchujeon (Korean Pancake)


Bahan Utama

2 cawan tepung gandum

4 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur
1 1/2 cawan air
1 cawan kucai @ Daun bawang (potong setiap jarak 3 inci)
Sedikit cili merah @ cili padi 
Garam secukup Rasa
10 ekor udang kecil @ sederhana dibuang kulit
1 ekor Sotong kecil dipotong kiub



Cara Penyediaan :

1 Satukan tepung gandum, tepung jagung,baking powder dan garam ke dalam mangkuk , gaul mesra.

2.Kemudian masukkan telur ke dalam adunan tepung dan kacau dengan konsisten.

3.Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati. Jika adunan agak cair sila tambah sedikit tepung gandum.

4.Gaulkan mesra dengan kucai ,udang , sotong dan cili merah @ cili padi . 


5.Panaskan kuali  @ non stick pan letak sedikit minyak (gunakan api sederhana sahaja ). 

6.Apabila pan cukup panaa, masukkan sesenduk adunan sukat mengikut ketebalan yang disukai.( orang korea auka sederhana tebal & ada yg suka agak tebal - maklumlah chef obie pernah campur ngan orang korea..jadi serba sedikit citarase orang sana tu kita faham )


7.Terbalikkan pajeon @ buchujeon apabila permukaan masak. Jangan sampai kucai hangus untuk bahagian atas.

8.Apabila telah siap, boleh dinikmati bersama kicap dicincang bersama bawang putih , sos pedas korea, mahupun cili potong dan sos ikan. 

Adunan diatas boleh menghasilkan 3-4 keping pancake korea yg standard !



Daebak !!!!! Jangan kata abang tak payung








Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign