Obielicious

KELAS MASAKAN DAN BAKING UNTUK PERNIAGAAN POPULAR- untuk Amateur & Profesional di Kuala Lumpur & Ampang- Whatsapp 0172260719 ( HOT ! )

FILE KIT + CD ROM PELBAGAI PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN serta TESTIMONI PELANGGAN .

( hot ! ) 24 EBOOK MASAKAN , KEK ,PASTRI DAN BAKERI CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK ( Harga dlm Ringgit Malaysia )
( hot ! ) PENULIS JEMPUTAN MAJALAH MASAKAN TEMPATAN & PHOTOSHOOT UNTUK MAJALAH & MEDIA MASSA / ELETRONIK

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

bE mY Heartbeat..!

Rabu, 28 Disember 2016

Resepi Ayam Panggang Syria


Kepada yang tercari - cari resepi ayam panggang yang sedap dan popular,
bolehlah mencuba resepi daripada chef obie,

Resepi Ayam Panggang Syria ( Majalah SAJI )

Bahan Rebusan

½ ekor Ayam Daging
1 sudu kecil Cengkih ( rebusan )
1 sudu kecil lada Hitam ( rebusan )
1 bunjut Rempah Ratus
1 ½ sudu Garam
1 liter Air

Bahan Perap

2 sudu besar Madu
1 ½ sudu kecil Garam Laut / kasar
1 sudu kecil Lada Hitam ( dihancurkan)
1 sudu kecil Serbuk Bawang Putih (pilihan )
1 sudu kecil Daun Parsley kering/ segar ( dicincang )
1 sudu kecil Daun Selasih Kering / segar ( dicincang )
½ biji lemon ( perahan )

Cara Membuat

1.Didihkan air, masukkan bahan untuk rebusan, seperti rempah ratus bunjut , lada hitam , cengkih dan garam.

2.Kemudian masukkan ayam , rebus ayam selama 5 – 6 minit.Kemudia angkat ayam dan toskan.

3.Lumurkan kesemua bahan perapan pada ayam kecuali perahan lemon.Biarkan perapan selama 30 minit .

4.Panaskan oven 180-190 ‘c , Bakar ayam selama 25-30 minit.Apabila ayam siap dibakar, perah lemon diatas permukaan ayam.Siap untuk dihidang

Tips chef : lebihan air rebusan untuk ayam boleh dijadikan sup sampingan untuk ayam panggang ini.  

Selamat Mencuba!


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign