CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 28 Disember 2016

Resepi Asam Pedas Muar Popular

okay la... bie nak sharing resepi " Asam Pedas Muar "
bie mula belajar masak lauk ni.. dari mak...
ingat lagi.. mase tu darjah 3..
tak salah imbas kembali citer lame..
mase tu Bie..
darjah 3 musytari sekolah kebangsaan masai, johor..
sebelum pi sekolah, sebelum bas ah peng pick up bie
pi hantar sekolah..
'pagi-pagi lagi bie keno tolong
mak tumbuk cili kering yang dah direbus..'
tumbuk dengan batu lesung lagi..
mak tak suke guna blender...
...bermula selalu tolong mak kat dapur memasak..
sampai la.. diberi kepercayaan untuk masak asam pedas
sendiri..mmmm berbunge-bunge bile diberi kepercayaan
untuk memasak.. walau masakan pertame tu..
ade la komplain...termasin sket..dan masam tu kureng la plak...
haaaaa... x mengape jadikan komplain tu sebagai
semagat untuk bie masak lebih baik lagi..huuu
mmmm rindukan air tangan mak...


Resepi Asam Pedas Muar

Bahan-bahan:

8 ketul ikan pari / ikan kembung / selar / sembilang
Satu mangkuk cili kering (direbus dan dikisar)
8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci halia kisar
1 sudu kecil lada hitam ( ditumbuk )
1 cawan perahan asam jawa ( asam jawa 3 sudu besar )
2 kuntum bunga kantan
1 ikat Daun Kesom
1 ikat daun kesum
2 batang serai (dititik)
Sedikit belacan
2 biji Tomato
8 batang bendi muda
500 ml air
Garam secukup rasa
1 sudu kecil gula


Cara Penyediaan :

1. Panaskan minyak, tumis belacan, cili kisar bersama kunyit hidup,lada hitam dan bawang merah, halia kisar .Selepas naik bau wangi, masukkan perahan asam jawa, air ,bunga kantan dan daun kesum.

2. Biarkan dengan api perlahan sehingga mendidih,masukkan buah tomato dan bendi muda, garam dan gula.

3.Biar mendidih dalam 5 minit lagi. siap untuk dihidangkan.

Cube tau resepi ni senang aje.... dan sedap!

sila lawati blog utama chef obie



http://chefgunawanmalaysia.blogspot.com/
IG : chef_obie_official
FB : chefobie untold


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign