CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI

017 2260719 CHEF OBIE

016 9166010 P.A NESA

013 7326939 FAD KADEEN .

Follow Instagram @chef_obie_official & @mgj_consultancy

obieber

Rabu, 8 April 2015

Resepi Nasi Goreng Pattaya Popular



RESEPI NASI GORENG PATTAYA POPULAR

Bahan-bahan :



1 mangkuk nasi putih 
1 sudu besar minyak masak
1/2 biji bawang merah besar

1 ulas bawang putih dicincang
1 sudu besar  isi ayam dipotong dadu

1 tangkai sawi dipotong kecil
1 tangkai cili padi diketuk
suku sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil kicap sotong
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos cili
1 biji telur ayam
Garam & gula secukup rasa

Cara Membuat :

1.Panaskan minyak ,Tumis bawang yang dicincang hingga naik bau
2.Masukkan isi ayam, kacau hingga masak
3.Masukkan sos tiram , Masukkan garam & gula secukup rasa
4.Masukkan sawi & cili padi, nasi dan sos ikan
5.Taburkan serbuk lada sulah & kacau hingga sebati
6.Angkat

Cara Membungkus nasi dengan telur:

1.Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.


2.Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak


3.Ratakan minyak hingga keseluruh permukaan kuali


4.Pastikan minyak panas, masukkan telur yang telah dikacau secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.


5.Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih memanas

di dalam kuali.

6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. 


7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.


Hias dengan sos cili , daun bawang dan bawang goreng


Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik


 ebook masakan PERCUMA








Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik






Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign