CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 17 September 2015

DIY Resepi Dessert- Chilled Honeydew Sago Popular !






Share & LIKES 


RESEPI CHILLED HONEY DEW SAGO 

CHEF OBIE

Tengah hari ni chef obie nak sharing resepi Chilled Honey Dew Sago..Waaaa....segar rasanye...

Bahan

1 Biji Buah Honey Dew ( saiz Sederhana diambil isinya )boleh dipotong kiub atau pun dibentuk bebola.- separuh bahagian diblender

3/4 Sago atau orang putih panggil tapioca pearls

1/2 Cawan Santan
1 Liter Susu Segar @uht
100 ml Whipping Cream
1/2 Cawan Gula
2 Sudu Besar Gula Melaka atau gula merah
2 Helai Saun Pandan

*Ais Batu secukupnya

ebook masakan PERCUMA

Cara Membuat

1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan Sago dan kacau..biar ia 10 - 15 minitsehingga sago kembang dan lembut.

2.Tapis sago dan bilas dengan air sejuk.

3. Menggunakan pot atau periuk, panaskan santan, susu , whipping cream, daunpanda dan gula .Kacau perlahan sehingga mendidih, apabila mendidih bolehmatikan api.

4. Sejukkan diluar dahulu, masukkan honeydew yang telah diblender dan dipotong kiub/ dibentuk bebolajuga masukkan sago.Simpan dalam peti sejuk.

5. Hidangkan dalam keadaan Sejuk...mmmmmmm segaaarrrr rasenye...Selamat Mencuba.

Biase menu ni akan ada dlm set buffet lunch hotel ... terselit antara manisan tempatan seperti pengat pisang , bubur cacar dan sebagainya.....

FOLLOW IG : chef_obie_official


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign